Segalanya bermula secara tidak sengaja pada satu petang ketika saya bersiap sedia untuk pulang ke rumah selepas waktu kerja sekitar 5 petang pada awal tahun 2001. Rakan sekerja yang bertugas sebagai seorang pemandu lori juga sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Beliau ketika itu hendak menghidupkan motornya ketika saya menyapanya. Di dalam bakul motosikalnya, terdapat sekitar 4-5 buah buku 'reject' yang dibawa pulang dari kilang cetak. Saya tergerak hati untuk mengambil dan membelek buku tersebut dan membacanya...
 
     
 
The Magic Of Thinking Big
 
 
Dr. David Schwartz
 
     
 

Seperti kejutan elektrik, buku tersebut telah mengubah pandangan dan cara berfikir saya tentang kerjaya, kewangan, kebahagiaan dan pastinya kehidupan keseluruhannya.

Sejujurnya, selepas berjaya mendapat ijazah pertama dari University of Jordan, saya hanya mahu seperti kebanyakkan atau kebiasaan graduan dari Timur Tengah, saya nak jadi ustaz. Itulah kerjaya yang menjadi pilihan dengan ijazah Sarjana Muda Syariah. Namun, segalanya telah Allah aturkan, saya mendapat kerja secara 'tidak sengaja' sebagai editor (Perancang Bahasa) di sebuah syarikat swasta di Kajang.

Dengan gaji asas RM1000.00 pada awal tahun 1998, tiada apa yang menjadikan saya hebat malah untuk rasa hidup dengan bergaya dan mewah. Disogok pula dengan pemikiran tradisional untuk makan gaji, melengkapkan keyakinan saya agar saya perlu hidup sederhana...

 
     
  ...bersyukurlah!  
     
 
Kuasa Bertindak!
 
     
 
Keghairahan untuk mengubah kehidupan tidak akan menjadi kenyataan jika tidak bertindak. Kuasa bertindak ini sangat penting selepas memahami kuasa berfikiran besar atau berfikiran gergasi. Wawasan yang besar dan jelas memerlukan pelan tindakan yang jelas dan konstruktif. Namun apa keperluan sekalipun dalam menjayakannya, mulakan sesuatu yang kecil sudah memadai dalam merealisasikan keghairahan untuk berubah tadi menjadi kenyataan. Langkah yang seribu, pastinya bermula dari langkah yang satu.
 
     
 
 
 

Bermula dengan membuat KEPUTUSAN untuk berhenti kerja, ia akhirnya membawa perubahan BESAR dalam siri kehidupan saya yang berikutnya. Membuat persediaan selama setahun dengan mendalami segala ilmu berkaitan, menyelusuri pengalaman teman dan menyelami sendiri lautan pengalaman.

Dengan modal RM2000.00 pada April 2002, sebuah syarikat 'enterprise' yang memberikan perkhidmatan pra-cetak ditubuhkan bertunjangkan tulang empat kerat mencuba membina jati diri keyakinan atas kata kunci 'BERFIKIRAN BESAR'. Alhamdulillah! 3 tahun berbekalkan tenaga dan fokus yang jelas, syarikat berjaya memiliki pejabat dan kenderaan untuk kegunaan perniagaannya sendiri.

Terus menerus mencipta nama dikalangan jabatan kerajaan di Putrajaya khususnya serta di Kuala Lumpur, syarikat terus berkembang maju dengan perkhidmatan yang mengekalkan kualiti kerja, kepantasan hasil dan pastinya memenuhi piawaian pelanggan.

 
     
 
Perkembangan Perniagaan!
 
     
 
2009 merupakan detik permulaan, Hj Hayat menceburkan diri dalam bidang trading. Berbekalkan RM60,000.00, satu pelaburan dibuat ke atas sebuah syarikat yang menawarkan satu perniagaan jualan terus penapis air yang menawarkan sistem lantikan stokis dan keuntungan runcit produk. Selama setahun menekuni dan mempelajari perniagaan baru, secara tidak langsung memberikan idea untuk mengeluarkan produk sendiri dengan menggunakan sistem yang serupa bahkan diperbaiki untuk melancarkan perjalanan perniagaan dengan lebih baik dan berkesan.
 
     
 
 
 
Produk Sendiri!
 
     
 

Menjenamakan 'HAYAT' adalah idea berdasarkan produk makanan yang diusahakan oleh bukan bangsa Melayu dan beragama Islam tetapi menggunakan nama bercirikan nilai Melayu dan Islam. Ramai usahawan bukan Melayu dan Islam diluar sana memanfaatkan keistimewaan ini dalam pasaran tempatan yang tidak direbut dan dimanfaatkan oleh orang Melayu Islam itu sendiri. Sangat merugikan.

Atas kesedaran ini, jenama Hayat diperkukuhkan dengan kelahiran produk pertama Hayat Foot Patch pada awal 2010. Produk 'koyok tapak kaki' ini yang menjadikan sebuah produk berjenama dari Jepun sebagai pesaing telah menjadi produk pilihan dan mewarnai dunia produk pada tahun itu dan sekitar bulan Ogos dan seterusnya, dunia produk telah dipenuhi dengan produk-produk koyok tapak kaki yang tumbuh bagaikan cendawan.

Kenapa ramai usahawan berminat dan Hayat Foot Patch mendapat pesaing baru? Alhamdulillah! Melalui promosi tersusun menerusi akhbar dan media sosial seperti Facebook dan juga media Youtube, Hayat Foot Patch mendapat jualan RM2,000,000.00 dalam masa 4 bulan dan RM4,000,000.00 untuk tahun pertamanya.

Kejayaan diluar jangka itu seterusnya memberikan inspirasi untuk mengeluarkan produk Hayat Acai Berry pada tahun 2011 dan mendapat jualan lebih RM8,000,000.00 dalam tempoh 3 tahun dan kini dengan produk ketiga, Hayat Cordyceps Sinensis yang dilancarkan pada hujung 2013.

 
     
 
Program Kongsi Pengalaman
 
     
 

Bermula 2015, melalui Hayat Think Big @ Hayat Network Sdn Bhd, satu program seminar dan ceramah tentang keusahawanan akan dibuat secara lebih agresif. Hj. Hayat Hj. Mohd Nazir akan berkongsi pengalamannya dalam dunia perniagaan melalui usaha membina syarikat percetakannya dari modal RM2000.00 hingga menjana pendapatan tahunan jutaan ringgit serta pengalamannya sebagai usahawan trading dengan jenamanya sendiri dari modal serendah RM8000.00 hingga mendapat jualan jutaan ringgit dalam masa beberapa bulan.

Sebenarnya, Hj. Hayat pernah beberapa kali dijemput sebagai panel usahawan dalam sesi forum dan seminar anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Angkasa Cawangan Negeri Terengganu. Melalui penyertaan ini, didapati masih ramai anak muda Melayu Muslim yang berminat menjadi usahawan namun tidak tahu bagaimana memulakannya. Amatlah rugi semangat dan tenaga seperti ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.

Program ini, yang ingin dan bakal dicadangkan masa dan lokasinya ini pastinya bukan modul teori semata-mata tetapi berdasarkan perjalanannya sendiri sebagai usahawan Muslim Melayu Bumiputera yang menapak dari bawah tanpa membuat pinjaman perniagaan dari bank swasta atau dari mana-mana geran kerajaan.

InsyaAllah! Inilah impian Hj. Hayat Hj. Mohd Nazir, berkongsi pengalaman dalam melahirkan lebih ramai jutawan berdikari yang bukan sahaja kaya materialnya, juga kaya jiwa dengan terus berhubung dengan Yang Maha Kaya iaitu Allah, Rabbul Jalil.

 
     
 
 
     
 
 
     
 
{PROGRAM DAN MODUL YANG DITAWARKAN}
 
   
   
 
   
[MODUL - MINDA USAHAWAN MINDA JUTAWAN]
   
   
 
HUDA (Hidup Untuk Dunia Akhirat) Hala Tuju Kehidupan + Hak kepada Tuhan + Hak Sesama Manusia = Kandungan Penyampaian Elemen utama bagi kejayaan sesebuah organisasi adalah sumber manusianya yang cemerlang. Manusia pula terikat dengan elemen jiwa. HUDA digarap bagi menyatukan jiwa dan kecemerlangan. HUDA berkonsepkan ketuhanan dan kemanusiaan (tanpa mengira agama). Setiap progam bersama PMAC Consultant akan diterap bersamanya HUDA bagi melancarkan lagi pencapaian hala tuju dan setiap objektif program.
   
   
 
[MODUL - JUTAWAN PRODUK]
   
   
   
   
     
 
Kursus ini bertujuan untuk memupuk semangat Kerjasama dan motivasi yang tinggi di kalangan pekerja sesebuah organisasi. Dengan sikap kerjasama yang erat di kalangan kakitangan akan memudahkan organisasi mempertingkatkan prestasi, kualiti dan produktiviti. Membina " WINING TEAM " melalui SINERGI Ahli-Ahli dalam pasukan ke arah keberkesanan kerja berpasukan. Kursus ini berkonsepkan 'learning through fun' menggabungkan pengajaran di dalam kelas dan di luar kelas (outdoor activities)
 
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
 
 
     
   
     
HAYAT THINK BIG @ HAYAT NETWORK SDN BHD
No. 3, Jalan Seksyen 3/10, Kajang Utama Business Centre, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. MALAYSIA.
Phone: +603-8733 6246 Fax: +603-8733 7246 HOTLINE : 0123-146-246
Email: hayatnetwork@gmail.com
 
{Rakan Niaga Hayat Network}